|

|
INI ADALAH SAINTS
George Burley - cahaya baru dalam kegelapan
oleh Zul
26-12-05

George Burley
Kalau awak meletakkan diri anda di St Mary's musim ini, awak akan merasa satu prerasaan negatif.
Tidak kira dari peminat peminat Saints atau dari pemain pemain di padang. Ia bukan suatu yang mengejutkan kerana Harry Redknapp telah merosakkan squad pemain kita sehinggga mereka tidak layak untuk bermain bersungguh-sungguh lagi. Peminat pun sudah hilang semangat mereka untuk menghadiri permainan setiap minggu. Semasa Premiership lalu nombor yang hadiri setiap minggu melebihi 30,000. Sekarang di musim Coca-Cola, kita nasib kalau 20 ribu menghadidri. Pertandingan tidaklah sengit seperti di Premiership tetapi kita telah jatuh ke posisi 12. Di premiership dua ke tiga tahun dulu kita menghabisi di tempat 8. Bagaimana ia boleh terjadi? Lebih lagi ini adalah squad yang lebih kurang sama dari dulu.
Sekarang semua tahu bahawa ini adalah masalahnya. Squad yang sama telah memebuat semua pemain malas lalu manager Harry Redknapp telah menggalakkan perangai ini. Dia bukan sahaja malas dalam pengajarannya tetapi mengambil bahagian dalam merosakkan nama Southampton di persidangan media.
Dari situasi ini, ia menjadi terang bahawa Saints akan runtuh. Lalu dengan nasib yang baik, Harry memebuat keputusan untuk pulang ke asal usulnya iaitu tempat bodoh yang dinamakan Portsmouth.
Lalu tamatnya satu tamudan di cerita Klasik 'South Coast'.
Sekarang mulanya pencarian 'Boss' baru selepas satu mimpi seram seluruh musim ini. Dengan terperanjatnya kita telah dapat George Burley. Mulanya peminat semua ingat Dennis Wise dan Dave Bassett akan dapat jawatan meraka. Selepas itu media telah pecah lobang bahawa dua coach belanda akan dapat jawatan itu. Tetapi sebelumnya Hari Natal, Rupert Lowe telah memberi hadiah natal yang terbaik kepada semua peminat dengan berita bahawa George Burley telah diberi jawatan ini. Ini sangat meriakan kerana semua peminat telah berunding bahawa dia terlalu bagus untuk kita lalu dia tidak akan datang. Lebih lagi,Rupert Lowe yang selalu kacau dalam pengusahan manager akan menjadi suatu kehalangan untuk Burley lebih lagi selepas episodnya di Hearts.
Sekarang yang dia telah dating, mari kami merujuk record masa dulunya. George Burley pertamanya membuat ombaknya di muka perbolahan di musim 1981. Pada tahun itu dia sebagai pemain Ipswich Town FC dengan Sir Bobby Robson sebagai manager telah memenagi Piala Europa Uefa. Ia betul satu kejayaan yang besar kerana Ipswich Town pada masa itu adalah kelab yang sangat kecil. Dia membayar balik budi itu apabila dia menjadi Manager Ipswich town di abad 2000. Semasa dia manager Ipswich diatelah mebawa Ipswich kembali ke Premiership. Bukan itu sahaja dia adalah factor terbesar apabila Ipswich menhabisi musim Premiership pertama mereka di tempat ke Lima lalu 'qualify' untuk piala Uefa. Malangnya mereka tidak dapat memenagi piala itu tetepi semasa permainan mereka dapat memenangi INTER MILAN 1-0 di gelanggan sendiri! George Burley meletakkan jawatan di Ipswich selepas mereka di jatuhkan ke Division 1 dan tidak dapat naik balik ke Premiership. Burley pula memebwa dirnya ke Scotland untuk mengambil jawatan Manager di HEARTS. Sekali lagi, teamnya mebuat kejutan apabila Hearts di tempat keatas Scottish Premier league selepas mengkalahkan Rangers dan Celtic! Malangya dia telah betaruh dengan orang-orang berkuasa di Hearts lalu di telah meletakkan jawatan.
Ok, apakah yang Burley boleh menyumbang kepada Southampton? Sebelah record menagnya yang bercahaya. Burley adalah satu manager yang sukakan kepada pemain-pemain yang muda. Ingatkah lagi bagaimana dia menggunakkan Marcus Stewart dan Matt Holland di Ipswich pada masa dahulu? Saints ada akademi bola yang terbaik di England lalu Burley adalah orang terbaik untuk mendorong pemain-pemain remaja ini. Ini akan menjadikan pemain remaja sebagai Theo Walcott dan Nathan Dyer meprestasi dengan lebih baik lagi. Pemain muda lain senagai Surman dan McGoldrick yang telah bersumbang di peringkat akademi akan diberi lebih peluang untuk bermain di squad pertama. Ini semua diharapkan dapat merobohkan element-element negative squad 'tua' dahulu lalu meberi Saints peluang memenangi Piala Coca-Cola dan menaiki balik ke Premiership. Mari kita semua berharap bahawa Burley adalah cahaya baru kita dalam masa sengit kita sekarang.
|
|