|

|
INI ADALAH SAINTS
Pengangguhan dan kebingungan kepada Southampton disebabkan Rupert Lowe?
oleh Zul
29-08-04

Apa yang kamu telah ingatkan Lowe?
Kecuali anda telah meninggalkan dunia ini semenjak
beberapa minggu ini. Semua peminat bolasepak sudah pun tahu
tentang kejutan yang telah direka oleh Rupert Lowe
yang menyuruh Paul Sturrock meletakkan jawatannya
selepas dua perlawanan dalam musim ini sahaja.
Peminat-peminat Saints sangat hairan dan juga marah
kerana perkara ini. Kenapa Sturrock yang baru dilantik
lima bulan dahulu disuruh metakkan jawatannya selepas
baru memenangi perlawanannya ke atas Blackburn di St
Mary's 3-2? Banyak peminat sudah sangka ini adalah satu
konspirasi dari Lowe untuk membawa Glenn Hoddle
ke St Mary's. Adakah ini benar? Kita takkan
tahu cerita sebenarnya apa yang kita ada sekarang
ialah Steve Wigley sebagai jurulatih kita. Yang agak
ironik adalah tabloid suratkhabar di England telah
mereka cerita-cerita palsu tentang pemecatan Sturrock
seminggu sebelum ia jadi realiti. Bagaimana
mereka tahu? Yang menghairankan ialah Rupert sudah
memberitahu peminat-peminat behawa Saints tidak akan
dipengaruh oleh media-media massa dan ia akan
dilakukan oleh urusan sendiri tetapi selepas Sturrock
meletakkan jawatannya Lowe berkata bahawa "Sturrock
telah meletakkan jawatannya kerana tekanan dari media
lalu para wartawan harus mencerminkan diri mereka dan
berasa kesal kerana kelakuan mereka telah menyebabkan
keadaan ini" Kenapa Lowe berkata demikian? Baru sahaja
dia telah memberitahu semua bahawa Saints tidak akan
terpengaruh oleh tekanan media?
Ini adalah tiga konspirasi yang agar popular di merata
forum-forum peminat Southampton.
1. Rupert hendak melantik Glenn Hoddle daripada dahulu
tetapi kerana peminat-peminat telah menunjukkan
perasaan mereka dia telah menukarkan hajatnya lalu
melantik Sturrock dengan keinginan mencari kesempatan
untuk melepaskanya dalam beberapa bulan lalu mengambil
Hoddle kembali.
2. Pertaruhan di dalam bilik pemain kerana
pemain-pemain Saints tidak suka dengan taktiknya dan
cara permainannya lalu pemain bintang seperti James
Beattie telah memeberitahu Lowe agar dia diletakkan
jawatan atau Beattie sendiri yang berpaling radah ke kelab
lain.
3. Lowe telah merasai bahawa kelantikan Sturrock adalah
sesuatu yang salah lalu telah hilang kepercayaanya
diatas Sturrock.
4. Lowe benar-benar hendak menukarkan sistem jurulatih
di Southampton lalu hendak mengadakan "director of
football" lalu Sturrock tidak mahu penukaran ini. Dengan
kelantikkan Steve Wigley, Lowe dapat membuat penukaran
ini. Nama-nama calon untuk "director of football"
telah disyaki ramai seperti Gerard Houllier, Glenn
Hoddle, Clive Woodward [rugbi] dan ada katakan Rupert
Lowe sendiri. Ini agak menyeramkan kerana dia tidak
tahu tentang bola lalu boleh menyebabkan Southampton
tersungkur ke Liga Satu.
5. Sturrock benar-benar tidak boleh menahan tekanan
dari media dan juga peminat yang hendak kemenangan
dalam masa yang singkat lalu dia meletakkan jawatan.
Apa jua cerita benar dalam saga ini. Kita harus ingat
bahawa apa pun yang terjadi kita harus memberi sokongan
kepada semua pemain-pemain Saints agar mereka
bersemangat ubtuk berjuang lalu memenangi pertarungan
mereka.
Tetapi kita sebagai peminat harus tahu tentang kisah
sebenarnya dari Lowe sendiri!!!
Saya sendiri mengharapkan bahawa dia dapat menerangkan
kesemuanya untuk kebaikan kelab ini.
Steve Wigley telah diuji dua kali semenjak kelantikannya
lalu telah gagal dua kali dengan kekalahan 2-1 melawan Bolton dan kekalahan 2-1 melawan Chelsea. Mengharap agar Lowe dapat menyelesaikan masalah
ini secepat mungkin supaya tidak meganggu konsentrasi
pemain dan peminat Southampton.
|
|