INI ADALAH SAINTS

Ajaran berharga oleh David Coles untuk penjaga gawang Southampton
oleh Jeremy Wilson dari Sweden
di tukarkan ke bahasa melayu oleh Zul
27-07-04

Antti seperti Doc Oc, dibelakang Coles sedang melihat

Kegagahan, Kesetiaan dan usahanya memang jadi satu ikhtiar.

"Ayuh, Antti!" David Coles menjerit, "Sudahpun ke minit terakhir dan Alan Shearer dapat menanduk bola. Ayuh! Ayuh! Cuba selamatkan bola!"

Antti Niemi melarikan diri ke gawang gol, melompati tinggi lalu menindas bola ke atas dan terkena tiang gol.

Bola terus datang balik ke kaki Michael Owen." Dia menendang bola ke arah gawang gol. Niemi lagi sekali bangun dengan secepatnya lalu melayang ke arah bola dan dapat menyelamatkannya dari memasuki gol.

Selepas itu Antti jatuh balik dari kepenatan.

"Bagus" katanya Coles. "Kau rehat, selepas itu ulang tiga kali lagi."

Niemi memfokuskan matanya ke arah Coles lalu memberitahunya "Boleh kita tunggu sehingga jantung saya dapat rehat?"

Coles ketawa tetapi mengendah permintaan itu.

"Sekarang pegang tiang kiri sebelum menyelamatkan bola. Setiap kali bola memasuki gol kamu buat 15 'press-ups'."

Akhirnya dia buat 30 kali dan nampak seperti tidak akan menerima dendanya. Tetapi akhirnya dia kena buat juga.

Memang semua peminat Liga Perdana Inggeris boleh ingat Niemi menyelamatkan bola dengan lompatan menarik sekali.

Tetapi sesiapa yang dapat melihatnya berlatih dapat melihatnya menyelamatkan bola dengan gerakan yang menarik seperti semasa dalam perlawanan. Cuma kali ini dia mengulanginya berbanyak kali.

"Dia masih menghairani saya. Tiada satu hari pun saya tidak menghairani macam mana dia boleh dapat menyelamat tendangan yang sangat sukar." David Coles mengaku.

"Semasa berlatih dia juga menarik perhatian saya. Dia memang tidak suka kalau dia tidak dapat menyelamatkan bola."

"Antti boleh tidak beraksi untuk 89 minit, tetapi dengan tidak memberi amaran dia boleh dapat menyelamatkan bola.

"Tekanan sebagai penjaga gol memang sengit kalau dia membuat satu kesalahan semua orang dapat mengingati kesalahan itu."

Latihan yang saya latih adalah latihan yang sangat sukar dan memenatkan. Apa yang dilakukan memang menyeramkan. "Sebelum musim bermula adalah masa yang terbaik untuk melatih penjaga gol. Kalau terlalu dekat dengan perlawanan kaki mereka boleh menjadi letih."

Coles percaya bahawa kelainan seorang penjaga gol yang baik dan yang sangat baik adalah perhatian penuh seorang penjaga gol itu dalam perlawanan bola sepak tidak kiranya mental atau fisikal. "Ia tentang meperbaiki kesalahan mereka, memanfaatkan kekuatan dan cuba meberbaiki kelemahan. Persiapan mental juga seberat persiapan fisikal."

"Tiada sesi latihan yang sama,semuanya berlainan dan kita boleh lihat bahawa Niemi riang semasa latihan."

Kerana Niemi sudah letih kerana ini adalah latihan paling keras yang dia pernah lalui selama satu minggu, dia dapat berehat untuk perlawanan latihan terakhir. Niemi duduk di luar padang dan sedang melihat David Coles beraksi sebagai penjaga gol pula. Bila Kevin Phillips merembati bola ke arah gol. David Coles dapat selamatkannya lalu Antti menjerit "Bagus Coles! Sungguh menarik!"

Ini mencerminkan kekuatan penjaga gol yang bermain untuk Southampton FC.

Sumber: Keepers hauled over the Coles...